Ini pantai Telok Kemang ni....hari minggua kan. Bebudak Afats g la sana cari awek ...tol x lil. lepas dapat eluan la niiii.
Berdiri tu Hamzah, Busahdarhaka, Rahman kain batik, devan anak hindu dan App Sjn Kanan Amran

Ini lah foto yang paling awal dapat di rakam semasa di Afats dulu ( 1980 ). Punya lah seronok nak tangkap gambar sampai tak sempat nak pakai baju, masa ni umur sekitar 16 thn. Seingat aku persediaan untuk PT petang kena lari kat Bt.Haji...
Berdiri dari kiri Zali Tora ( tak dapat dikesan ), Che Seman ( awet muda..ushawan berjaya di KL) dan Hazram ( juga tak dengar berita )
Duduk dari kiri Ramlee Sangkek dan Ajak.
Cerita Ramlee sangkek ni, aku pernah teringatkan keadaan dia pitam semasa perbarisan. Jatuh tersembam muka terus ke tanah , menyebab kan luka teruk dan berdarah dihidung dan mulut.
-Kalau tidak dapat menanggung kesulitan tidak akan mendapat kemenangan. Orang yang tidak tahan dikerumuni lebah tidak akan mendapat manisan. Kalau mahu bercita cita mesti tahan menderita.-



Gambar dalam tahun 1984 bertempat di Kem Batu Kentomen ,persediaan untuk pasukan bolasepak ATM bawah 21 thn. Mungkin skot G13 kenal dengan mereka ini. Dari kiri Shamsul junior kita G15, Safuan Kat.B intake 2, aku dan Helmi Kat.B intake 2.
Setahu aku Shamsul ni masuk Kedet, Safuan discharge army dan Helmi GD site dalam JLJ.

Aku suka tengok gambar ni..sebab disini terpancar keceriaan dan kepuasan pada raut wajah masing masing. Baru aku jumpa aksi Wak khairul dan Karim...
Dari kiri 0726 Jalil, 0850 Ajak, 0799 Wak khairul, 0711 Karim dan 0720 Jamahori.
-Orang yang tidak memperhatikan masa yang silam, dia akan disengsarakan oleh masa yang akan datang- ( Hukama)
Masa first year memang gemar sangat ambil macam ni, sebab nak hantar kat mok ayoh kat kampong. Tentu dia orang bangga anak nya dah jadi sojar...walau pun terpaksa menyembunyi kan keperitan. Dari kiri Bahktiar( tak dapat di hubungi hingga ke hari ini), Hasbullah, Roslin, Rahman cina dan aku.
Gambar atas berlokasi di padang Merdeka PD, dari kiri Lan BM, Wan kalot, aku, Pang5, Ramli sangkek, Khairulafifi, Syed Mustafa, Shukur, Jaafar ikang, Pok ye dan Hosli.
Kekawan mesti ingat pada jurulatih kita ni....kalu dia duty siap la garang tuuuuu...........



Gambar kiri aku dengan Khairulafifi berlatar belakang kan menara masjid Kem Garison dan gambar sebelah nya dengan Lan BM ( Bt.Mertajam) di pantai Bt.5.
Pasukan bolasepak Afats 1981, menjuarai peringkat sekolah daerah Port Dickson dan masuk semi final peringkat sekolah sekolah N. Sembilan. Berdiri dari kiri Mej.Idris ( pengurus pasukan), Hamzah G14, Junaidi KategoriB, G14, Jamil, Stab Bahari (PTI kita), Atat, G14, Daniel G14, Badul G14 dan G14 .
Bergambar di Depoh Senggaraan kapal Navy Sg.Nyior. Tak sangka selepas beberapa tahun, aku telah di posting kan di sini. Masa ni kita membuat lawatan semasa latihan tahunan di Penang.
Gambar atas tu merupakan gambar team bolasepak EME school dalam satu perlawanan di padang Merdeka PD. No 2 dari kiri barisan belakang tu merupakan Brader Husin Golok ( Usanto jinjek jumanggo ) G 10 dan no 5 dari kiri tu brader G12 kalau tak silap Shapie. Aku duduk kiri sekali.
Setiap kali cuti hujung minggu lokasi yang sering dilawati oleh skot skot G13 ialah dipantai Bt.5 Port Dickson. Masa tu sebijik hotel pun tak ada, yang terperasan ada sebuah rumah buruk betul betul terletak di gigi air laut pantai tersebut.
Bersama sama bergotong royong mendirikan khemah jurulatih semasa latihan tahunan di Bt. Feringgih Penang. Brade G12 ada bersama membantu..Dari kiri Syed Mustafa, Wak jenal, aaa! baru nampak Amjiran, Lan langut dan aku yang pegang tukul besi nak ketuk sapa pun tak tau....
" Apa yang penting..kejee sama..wonder pet.."

"Sebelum hampaq kluaq baris, aku nak hampaq berkawad dulu.. Barishh,..dari kanan langkah pendek dan tajaam..cepat jalaannn !!.."
Perkhemahan tahunan di Bt.Feringgih, Penang. Skot skot yg kelihatan seperti Sulaiman tumpang, Lan, Usop klate, Wak jenal sebelah dia tu Brade G12 Zainal, Sam melaka, Lan langut dan Rahman cina
Gambar eksklusif dalam dewan makan Afats ( cookhouse ) lah ni. Bersama yang kelihatan Yazid sebelah aku, depan aku Jamil dengan Sam. Yang jauh sikit sedang berpaling tu rasa aku Zul camplong..Dari jauh kelihatan beberapa kelibat budak budak Afats yang lain sedang beratur untuk mendapat kan sesuap nasi...perghh.. sedih nya bunyi.
Perterampilan istimewa dari suku sakat G13 di padang Merdeka Port Dickson. Berpakaian beragam di satu majlis orang ramai di Port Dickson.