Khamis, Jun 25, 2009

AFATS...nama lain nya SPPAT singkatan dari nama sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera. Nama nya begitu senonim bagi penduduk penduduk di kawasan Port Dickson. Begitu gah di kalangan pelajar pelajar sekolah di sekitar nya. Apa tidak nya , setiap kali di ada kan apa apa perlawanan sukan antara sekolah sekolah disekitar PD, pasti akan menjadi kecoh dan meriah yang mana dengan kehadiran penyokong penyokong fanatik AFATS yang terdiri daripada pelajar pelajar AFATS yang popular dengan panggilan Afats boy. Kehadiran mereka pasti mengamat kan keadaan dengan laungan semangat dan alunan lagu lagu patriotik, yang sudah pasti menyebab kan pihak lawan akan mencemburui dan mengerun kan pemain lawan. AFATS jarang sekali pulang dengan tangan kosong, pasti kemenangan hebat menyebelahi nya. Dari mulanya AFATS ditubuh kan hingga lah sekarang , kecermelangan sukan AFATS tidak pernah mengecewakan. Sudah tentu setiap bekas pelajar pelajar AFATS akan mengingati semua peristiwa ini, sama ada ianya sebagai seorang pemain atau pun sebagai penyokong. Selalu nya pelajar junior akan di kerah kan sebagai kumpulan sorak, dan pelajar senior sudah pasti menentu kan segalanya menjadi lebih gamat. Antara lagu semangat yang sangat popular apabila pasukan AFATS bertarung ialah lagu " Bila perantis masuk padang". Bergema bila di laungkan , diiringi pula dengan tepukan mengikut nada alunan lagunya. Masih terngiang ngiang di telinga akan gema sorakan itu. Tak dapat di bayang kan akan keseronokan pada ketika itu. Itu lah salah satu kenangan abadi yang dapat di perolehi oleh semua bekas pelajar pelajar AFATS dari intake pertama hingga lah sekarang. Kami diajar dengan penuh disiplin dan mengutamakan kesatuan hati. Mungkin kita pada masa tu sentiasa merungut dan merasa tak puas hati , sebab masa tu kita masih remaja dan sentiasa nak bebas, tapi apabila direnung dan di amati kembali , banyak yang kita telah dapat belajar dan menimba ilmu serta pengalaman hidup yang tak semua orang berpeluang mendapat kan nya. AFATS akan terus di kenang oleh setiap penghuni nya yang pernah dipilih oleh Allah untuk di uji dan dibentuk jiwa nya di dalam nya.....

Tiada ulasan: