Isnin, Jun 29, 2009

sejarah wak kahirul


Assallamuallaikum...Rakan seperjuanganku yang masih kuingati. Lebih 26 tahun kita telah meninggalkan AFATS PD dan masing masing menunaikan tanggungjawab di Unit Darat, Laut dan Udara demi menyambung tugasan yang diamanahkan oleh Kerajaan. Selama itu juga kita berpisah dan mungkin sehingga kini masih ada diantara kita yang belum bertemu lagi sejak perpisahan tersebut. Dalam tempoh tersebut juga, mungkin ada diantara rakan rakan kita yang sudah meninggal dunia tetapi apa yang pasti, bagi kita yang masih ada, hidup perlu diteruskan. Kenangan silam semasa di AFATS PD selama dua tahun itu telah banyak mengajar diriku menjadi insan yang berdisiplin. Mungkin rakan rakan yang lain juga akan berkata begitu kan? Apa yang pasti, liku liku kehidupan kita ada yang sempat menamatkan perkhidmatan sehingga 21 tahun. Bagi yang tidak dapat meneruskan sehingga tamat perkhidmatan, sekurang kurangnya dapat juga menamatkan perkhidmatan secara baik kan? Saya rasa tiada dari kalangan rakan rakan kita yang gagal selepas AFATS, maksudnya berhenti dalam kegelapan kan? Apa yang pasti sekarang, kita masing masing sudah mempunyai isteri dan anak anak kan? Mungkin ada diantaranya sudah mempunyai menantu. Apa yang pasti, kita tetap akan teruskan kehidupan berkeluarga dengan usaha masing masing. Peluang dan rezeki tetap ada dimana mana kan? Rakan rakanku yang dihormati...bagiku setelah meninggalkan AFATS PD, aku ditempatkan di ITU Kinrara dan ketika itu dalam ketukangan Injin. Sempat juga menamatkan Kursus Mech tetapi kerana tidak berminat untuk tugasan tersebut, aku bertukar kepada Pembantu Tadbir. Setelah selesai kursus, aku ditempatkan di SPK TUDM dan banyak unit unit TUDM yang lain aku bertugas termasuk DTU MINDEF. Sebelum menamatkan perkhidmatan 16 + 1 tahun, aku ditugaskan di ILTUDM Ipoh dibahagian latihan dan sebagai Jurulatih Perajurit Muda. Sekarang, aku bertugas sebagai Jurulatih Memandu Berkelayakan (QTI) di Institut Memandu LSA Ipoh sejak Ogos 1997 (TTP). Tugasan lain sebagai Rakan Kongsi, Perunding dan Pegawai Penilaian Ujian Memandu. Dalam aktiviti politik, aku hanya diberi mandat sebagai Tim Ketua UMNO Cwg Taman Bersatu Ipoh dan khidmat sosial sebagai AJK Rakan JKJR & AJK Rakan Pengguna Daerah Kinta. Tiada apa yang istimewa bagi diriku, cuma kita perlu mencari peluang dan rezeki sentiasa ada jika peluang tersebut kita dapat. Apa yang penting, jangan ada rasa sombong, lupa diri,tidak amanah dan gila kuasa bila kita lebih dari orang lain. Apa yang kita dapat rezeki semuanya datang dari ALLAH dan Tiada yang Kekal melainkan ALLAH....Semoga rakan rakanku begitu juga hendaknya...catatan kenangan dariku Wak KHAIRUL...Wassallam
NOTA: Amran...tolong siarkan kelaman Blog AFATS 13 untuk tatapan rakan rakan kita yang lain beserta gambar aku boleh ke? Terima kasih

Tiada ulasan: