Tadi aku belek-belek gambar bersama intake 14 tu teringat aku pada jurulatih kawat dan PTI kita masa kat AFATS. Sjn Waris, Sjn Karim, Sjn Aris dan yang lain-lain. Mudah-mudah mereka masih sehat. Kerana mereka kita jadi insan yang berdisplin. Ingat lagi agaknya kekawan kita kena forwdrool, side rool, lompat katak, pikul log tengahhari lepas makan kerana intake 14 mengadu kena regging pada sebelah malam. memang betul pong ada kekawan kita regging pada malam tu kekawan mesti tau sapa yang buat kan. Kita mesti dah maafkan jurulatih kita ni kan
1 ulasan:
Sebelum Mei 2009, saya cuba mencari kalau ada AFATS 13 yang pakar mencipta Laman Web untuk kita. Yang ada dari intake lain. Sudah lama saya tak buka laman web AFATS, entah mengapa hari ini cuba buka baru terlihat yang AFAT 13 sudah ada laman web sendiri. Terima kasih kepada yang mencipta laman web kita. Mungkin Rwang atau siapa saja yang berusaha untuk kita sama sama dapat berhubung semula kepada intake kita yang masing masing sudah lama terpisah. Yang hilang kita cari, yang dapat dijejaki kita buat pertemuan, yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesra mesrakan. Kita boleh buat rancangan yang terbaik untuk intake kita. Terima kasih kepada yang telah berusaha untuk semua ini...Wak Khairul sentiasa berdiri disebelah anda semua...
Catat Ulasan