Jumaat, Julai 10, 2009

Setelah sekian lama kita meninggal kan alam remaja kita yang mana sebahagian nya banyak kita habiskan masa kita semasa menuntut di afats Port Dickson,kita semakin jauh meninggal kan kenangan itu. Banyak kenangan kenangan pahit manis yang telah kita tempoh , semua nya meninggal kan kesan yang mendalam dalam jiwa kita dan seterus nya membentuk kita menjadi seperti apa yang ada sekarang. Kita pasti nya akan teringat kepada orang orang yang menganti orang tua kita semasa dua tahun mengharung susah payah di Afats dulu, siapa lagi kalau bukan jurulatih jurulatih kita. Tentu kita masih ingat nama nama seperti Encik Taib, Encik Busah, Sjn Mail, Sjn Saari,Sjn Wazir, Sjn Salam, Sjn Idrus, Sjn Karim,Kpl Shukur , jurulatih jasmani seperti Stab Mail, Stab Bahari. Juga beberapa jurulatih akedemik seperti Encik Wong dan ramai lagi yang tak dapat disebut kan disini , mungkin banyak lagi yang aku sendiri dah lupa nama mereka.

Mungkin mereka kurang terkenal kot, tapi yang pasti, yang aku sebut kan diatas tadi adalah yang paling di ingati oleh setiap warga perantis terutama bagi intake 13. Siapa yang tak kenal Sjn Salam, jurulatih yang terkenal dengan sergahan tangan kanan nya menuju ke kepala, yang pasti menuju tepat ke kepala seseorang yang disinggahinya menyebab kan kita akan terhanggok ke belakang dengan gaya nya....Jurulatih kawad dan jurulatih kententeraan merupakan yang paling banyak sekali mencetuskan nostalgia dalam kehidupan para perantis. Sjn Wazir dan Sjn Karim merupakan jurulatih kawad yang paling diingati, kenapa tidak..suara mereka apabila mengalun kan hukuman hukuman kawad pasti menaikan semangat, dan mereka pandai melatih serta membentuk budak budak afats ni menjadi begitu bersemangat dan dapat membentu formasi formasi kawad dengan baik sekali . Tentu nya kami perantis intake 13 tak dapat melupakan siapa itu Encik Wong. Beliau merupakan jurulatih akedemik yang garang tapi melucu kan..Kami memang takut dengan dia , tapi dalam masa yang sama boleh menjadi bahan lawak yang pasti menghiburkan. Kami masih ingat situasi di dalam kelas semasa dia mengajar, semua orang tak boleh bergerak walau sedikit, kena jadi macam patung. Setiap kali dia bertugas sebagai Pegawai bertugas , bermakna kami para perantis akan menghadapi pelbagai masaalah, terutama para senior. Ramai lah yang akan dikenakan hukuman sewaktu pemeriksaan baris pagi , kerana dia sangat lah lurus nya tak terkata, memang saja nak cari salah. Pada tangapan kami pada masa tu yang dia pun bukan nya bagus sangat, dah lah kaki senget sebelah,bila dia berkawad kami pasti akan sakit perut menahan gelak. Bahasa hukuman nya pun sangat melucukan. Kadang kadang kami takut dengan kehadiran dia ,tetapi kami juga boleh berhibur seketika....

Satu lagi yang kami para perantis tak boleh lupa ialah para jurulatih jasmani. Mereka ini merupakan orang orang yang bertanggung jawab dalam memasti kan fizikal kami sentiasa baik dan mantap. Sudah pasti kami mengingati saat saat kami berhadapan dengan mereka apabila sesi latihan jasmani berlangsung. Bahasa bahasa hukuman seperti Forwardroll, sideroll sentiasa menjadi igauan bagi kami. Dan yang paling tak tahan nya apabila teriakan ..Go!..kamu nampak tiang gol tu..saya kira sampai 10 kamu mesti sampai ..Gop!!. Waduh !..penat tak terkata. Kami kena buat dengan bersama sama. Masa itu sebenar nya kami tak tahu apa maksud nya dibuat begitu, yang kami tahu ianya cukup menyeksakan. Apa yang ada didalam fikiran kami masa tu hanya lah jurulatih jurulatih ni nak mendera kami itu aje.

Begitu pantas masa berlalu, sudah hampir 27 tahun kami meninggalkan Afats, begitu juga dengan jurulatih jurulatih kami dulu itu, yang begitu banyak berjasa kepada kami dengan tunjuk ajar dan bimbingan yang berguna kepada kami. Pasti nya mereka mereka ini hampir semua nya sudah berusia ketika ini, rata rata dalam usia 60 an. Mungkin kebanyakan dari kami tak dapat lagi berjumpa dengan mereka , tetapi sudah pasti kami warga perantis intake 13 akan sentiasa mendoa kan kesejahteraan mereka dan ampun dan maaf di hulurkan sekiranya ada terkasar bahasa zahir dan batin yang kami lakukan. Dan kami redha dengan kamu jurulatih jurulatih kami Afats intake 13.

Tiada ulasan: