Memang banyak bezanya didalam acara tamat latihan kita dengan majlis graduasi pelajar2 ini. Walaupun hakikat dan tujuan nya sama iaitu untuk meraikan perpisahan atau berakhirnya pengajian itu sendiri. Kita dulu untuk acara perbarisan nya saja terpaksa berkawad dan berjemur dipadang kawad hampir sebulan. Muka jadi hitam berkilat berkesan dibahagian leher..untuk jadikan perbarisan tu kemas dengan pelbagai formasi terpaksa lah berlatih pagi dan petang..dengan berbakul bakul sumpah seranah dari jurulatih yang kita terima. Dah lah tu untuk persiapan nya pun kita sendiri yang kena buat..Kerja angkat mengangkat ni jangan cerita lah, angkat pasu bunga, angkat khemah, kerusi meja dan ntah apa2 lagi....
Semua tu kini sudah menjadi kenangan abadi bagi kita warga Afats ni dan kini giliran anak anak kita pulak merasainya . Walau pun mereka tak merasai seperti mana yang kita rasa tapi itu adalah rezeki mereka sekurang kurang nya kita ada pengalaman untuk kita ceritakan kepada mereka sebagai pedoman hidup agar mereka sentiasa bersyukur dan jangan mensia siakan peluang yang diberi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan