Rabu, April 21, 2010

surat akujanji En busah

KEPADA

Pengerusi

Persatuan Bekas Penuntut AFATS 13

PERHATIAN

Semua Brader AFATS 13

TARIKH

20hb Apr 2010

PERKARA

Lantikan AJK Sementara

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Salam sejahtera pada saudara Pengerusi dan semua brader 13 dan keluarga,semoga senentiasa dirahmati serta ceria dalam menjalani kehidupan seharian.

Alhammdulillah, dapat kita memunajatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita telah berjaya mengadakan Perjumpaan Alumni AFATS 13 & Ulangtahun ke 30 yang berlangsung pada 17hb Apr 2010 bertempat di Dee Dee Villa Telok Kemang Port Dickson baru-baru ini. Ucapan tahniah jua pada saudara Pengerusi dan AJK pengelola serta semua brader 13 yang hadir bersama keluarga. Semoga pertemuan sebegini dapat diteruskan lagi agar silaturahim antara kita semua dapat dieratkan dan berpanjangan.

Disini saya ingin mencuri kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Pengerusi dan AJK serta semua brader 13, kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk berada didalam barisan AJK persatuan AFATS 13 sebagai bendahari sementara persatuan,dimana perlantikan berkuatkuasa pada tarikh 18hb Apr 2010 melalui mesyuarat yang diadakan di Dee Dee Villa Telok Kemang.

Insyaallah dengan tanggungjawab yang diamanah dan komitmen daripada semua ahli persatuan segala pengurusan kewangan persatuan akan diuruskan mengikut prosidur-prosidur yang telah ditetapkan dalam persatuan kita.

Semoga dengan semangat kekeluargaan dan perhubungan yang sedia terjalin sekian lama dapat membuahkan hasil untuk kita memantapkan lagi persatuan kita.

Sekian,terima kasih.

ABD JALIL BIN MAT YUSOP

530708

Tiada ulasan: