Khamis, Mei 20, 2010

FOMULA PEMANDUAN BERHEMAH


SEBELUM MERANCANG PERJALANAN.....................
1. Tentukan kenderaan dalam keadaan baik, bersih dan sempurna.
2. Tentukan air bateri cukup, jika kurang kena tambah mengikut paras tersebut.
3. Tentukan air dalam tangki air cukup, jika kurang kena tambah bagi cukup.
4. Tentukan minyak injin cukup, jika perlu tukar kena tukar 5,000 km sekali.
5. Tentukan minyak brake cukup, jika kurang tambah.
6. Tentukan perkara penting perlu dalam keadaan baik dan sempurna.
SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN..............
1. Betulkan tempat duduk mengikut keadaan kaki selesa menekan minyak, brake dan clucth serta tangan selesa memegang stering.
2. Betulkan cermin pandang belakang, sisi kanan dan kiri serta boleh nanpak pandangan sebelah belakang kiri dan kanan.
3. Pakai talipinggang keledar dengan betul. Beritahu penumpang sebelah kiri dan belakang berbuat demikian dengan betul untuk keselamatan.
4. Tentukan brake tangan dalam keadaan baik dengan melepas dan menarik semula.
5. Tentukan gear bebas sebelum start injin.
6. Start injin kenderaan perlahan-lahan.
7. Uji lampu isyarat kanan dan kiri serta lampu tinggi rendah pastikan dalam keadaan baik.
8. Uji lampu kecemasan mesti dalam keadaan baik.
9. Uji penggilap cermin dan air pencuci cermin dalam keadaan sempurna.
10. Uji hon mesti berfungsi baik.
UNTUK MEMULAKAN PERJALANAN......................
1. Tekan Clucth, masuk gear 1, beri isyarat kanan, tengok cermin pandang belakang dan sisi kanan kiri, jika selamat, tekan minyak perlahan-lahan dan mulakan perjalanan.
2. Gunakan gear sesuai mengikut kelajuan, jika perlu ditukar mesti tukar terutama semasa perlahan, membelok dan berhenti.
3. Semua penggunaan gear tersebut adalah dari transasi gear manual dan tidak melibatkan penggunaan gear automatik.
APABILA BERADA DIJALAN RAYA......................
1. Pastikan mengamalkan pemanduan berhemah mengikut peraturan yang ditetapkan.
2. Pastikan keadaan diri dalam keadaan baik, sihat, tidak mengantuk, tiada masaalah, tiada kandungan alkohol dalam badan (mabuk) dan panas baran.
3. Pastikan sikap kita boleh berubah apabila berhadapan dengan situasi memandu di jalan raya mahupun di lebuh raya. Kemalangan pasti boleh dielakan.
4. Pesanan Wak.....Jika kita boleh berubah, memandu dengan berhemah, jiwa sentiasa tabah, usia akan bertambah nescaya kehidupan dan rezeki akan melimpah-limpah.
Sumbangan Formula
dari............Wak K

Tiada ulasan: