Selasa, Julai 27, 2010

Devan Dimasukan Ke ICU

TTDI Jaya,SHAH ALAM: Brader Devan 0712 telah dimasukan Pusat Perubatan Selangor/KPJ kerana serangan sakit dibahagian dada (jantung) dan sukar bernafas ketika sedang bertugas Dept.VVIP Jets (pesawat orang2 kenamaan) pada 262100H.Terlebih dahulu beliau telah dibawa ke RSAT TUDM Subang oleh Brader AnuarBlack 0761 dan sahabat dari Airod ,memandangkan keadaaannya agak kritikal pihak RSAT mengambil keputusan untuk menghantar ke DEMC Shah Alam untuk menerima rawatan selanjutnya dan seterusnya dimasukan ke ICU Pusat Perubatan Selangor/KPJ.
Pada tengahari tadi (271300H) saya telah membuat kunjungan keatas beliau,Alhamdulillah beliau telah ditukar ke wad biasa dan kesihatannya kembali stabil dan boleh bercakap seperti biasa. Katanya beliau akan menjalani beberapa rawatan lagi terhadap jantungnya,Insayallah jika keadaannya sihat,beliau akan dibenarkan pulang.(nampaknya bila dah sihat nanti kenalah ubah aktiviti,dari aktiviti ngopi/pekena kopi dia laa...ke aktiviti ngeteh).Satu-satunya yang menjadikan sebak dihati dan terharu dengan sakit yang dialami ialah semasa beliau merasakan teramat sakit dibahagian dada ada terdengar beliau mengeluarkan kalimah 'Allah'.Renungkanlah...0708bush.

Tiada ulasan: