Khamis, Julai 08, 2010

ISTIMEWA BULAN REJAB, SYAABAN DAN RAMADHAN

















BUAT SEMUA SAHABATKU BIDIMAN.........
Israk dan Mikraj adalah satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.
Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa).
Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah).
(Rujuk Al-Quran Surah Al-Israa' Ayat 1 dan Sumber dari Kitab Jam'ul-Fatwaa'id)
Semua Umat Islam Harus Mempercayainya.
Cerita selanjutnya tanya Ustaz Jaapor mungkin dia tau.....
SEBUAH RENUNGAN........
Ramai manusia cerdik yang pandai berkata apa saja tanpa memikirkan baik buruknya.
Ada yang suka memfitnah dan menghasut tanpa bukti nyata.
Ada yang sanggup memecah belahkan Bangsa dan Agama Islam itu sendiri.
Malah ada yang sanggup membenci dan menghina bukan orang lain tetapi Bangsa dan Agama Islam itu sendiri dan sanggup melebelkan sebagai Munafik.
Apakah ini Perjuangan Islam yang mereka Agungkan?
Manusia mudah lupa dan manusia sanggup buat apa saja untuk kepentingan peribadinya.
Kita sebagai Bangsa Melayu Beragama Islam, jangan sebab perbezaan politik jadi musuh.
Kita dalam Kumpulan AFATS13 sentiasa Bersatu tanpa berbezaan politik yang ada.
Jika susah payah ingin pertemukan kumpulan kita, mengapa amat mudah untuk memisahkan antara kita sebab permasaalahan ini.
Pesan Wak.....Apapun berlaku antara kita, jangan ada yang cuba pisahkan kumpulan kita.
SEBUAH PANTUN.........
Akhir Rejab kita akan lalui,
Israk dan Mikraj kita ingati,
Awal Syaaban kita hampiri,
Menjelang Ramadhan kita jangan lupai.
SELAMAT MENYAMBUT ISRAK DAN MIKRAJ
PADA 10 JUL 2010 (SABTU)
BERSAMAAN 27 REJAB 1431H
Semoga sahabat AFATS13 sentiasa dalam Perlindungan Allah dan tabah menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang sengketa antara satu sama lain.
Ikhlas dari.....Wak K












Tiada ulasan: