Isnin, Julai 05, 2010

MAKLUMAT UNTUK SEMUA SAHABAT AFATS13

Assallamuallaikum semua sahabatku,

Sebagai ahli Kumpulan dalam AFATS13, terlebih dulu Wak mohon ampun dan maaf kepada sahabat yang tersinggung dengan apa yang dah Wak kirimkan.
Sebenarnya, tak kira apa saja maklumat yang nak kita kirimkan dalam Blog AFATS13, jangan ada yang cuba melatah. kita perlu berkongsi maklumat samaada hal politik, peribadi dan apa saja. Kita semua sebagai Rakyat 1 Malaysia perlu sedar, jangan ada yang cuba menghasut sesama kita supaya membenci Kerajaan yang sedia ada sekarang. Kita tahu Kerajaan Pembangkang sengaja ingin memecahbelahkan Bangsa Melayu dan sanggunp buat apa saja demi perjuangan mereka. Apakah kita sedar sekarang, siapa bayar pencen kita? Siapa beri bantuan pinjaman PTPTN anak-anak kita? Siapa beri kemudahan semua untuk kita dan macam-macam lagi? Kita perlu terima semua itu kan walau kita dari politik lain? Jangan pandai cakap semuanya tak betul tetapi Kerajaan sekarang beri semua sapu habis bersih kan? Kita tak perlu nak bertelagah dalam masaalah ini. Kita boleh renung dan fikirkan semula. Bagi Wak, dari mana asal usul, keturunan serta perbezaan politik sahabat-sahabat kita, Wak tetap bersatu bersama AFATS13. Wak tak suka melatah tetapi jangan cucuk Wak dari belakang. Apapun tak puas hati, tolong call Wak bila-bila masa. kita boleh bincang sama-sama dan adalah lebih baik dari apa yang cakap belakang. Betul ke??????? Terpulang semua...... Wak tak simpan dalam hati dan dendam dengan siapapun. Diharap sahabat yang lainpun sama begitu ok.......
Jutaan ampun dan maaf jika ada yang masih tersinggung.

Ikhlas dari....Wak K

Tiada ulasan: