Ahad, Julai 18, 2010

TAHUKAH SEMUA SAHABATKU


SEJARAH MENUBUHAN TUDM IPOH.


TUDM Ipoh atau sekarang dikenali sebagai Institut Latihan Tentera Udara telah ditubuhkan pada tahun 1979. Ia terletak di atas tanah berkeluasan 157 ekar dan berhampiran dengan Bandaraya Ipoh (tidak jauh dari rumah Wak). Institut ini berfungsi sebagai pusat melatih perajurit muda TUDM dengan ilmu asas ketenteraan, bermatlamat untuk melahirkan Laskar Udara yang terlatih dan berdisiplin tinggi. Selain dari itu, Institut ini juga mengendalikan kursus-kursus ketenteraan dan kepakaran untuk anggota-anggota TUDM yang sedia ada. Pada asalnya, latihan perajurit muda TUDM dijalankan di TUDM Kuantan, TUDM Kinrara dan ditumpangkan di pusat-pusat latihan TUDM seperti Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson dan Pusat Latihan Tempor Tentera Darat (PULADA) Kem Ulu Tiran Johor.

Institut ini mula beroperasi pada tahun 1980 (semasa kita semua mula masuk AFATS13) dengan pengambilan perajurit muda siri pertama seramai 1,200 orang. Institut Latihan Tentera Udara dengan rasminya dibuka oleh DYMM Paduka Sultan Perak, Al-Marhum Sultan Idris Shah pada 23 Jun 1982 (kita semua AFATS13 baru tamat latihan). Pada awalnya, Institut Latihan Tentera Udara dikenali sebagai Pusat Latihan Rekrut TUDM Ipoh. Kemudian pada bulan Julai 1993, ianya ditukarkan kepada nama Sekolah Tentera Udara (waktu itu Wak bertugas disitu 1990 hingga 1997). Pada bulan Oktober 2004, dengan kepimpinan dan perubahan keseluruhan struktur organisasi TUDM, ianya telah ditukar nama kepada Institut Latihan Tentera Udara (sebelum itu, perancangan tersebut adalah hasil kerjasama dan usaha semua anggota pentadbiran dan jurulatih termasuk Wak melahirkan nama anggota dan naik taraf Sekolah Tentera Udara kepada Institut Latihan Tentera Udara)

Di dalam melaksanakan dan membentuk hala tuju kecemerlangan TUDM, Institut Latihan Tentera Udara akan terus memainkan peranan dengan mengembaling seruruh tenaga demi memastikan pencapaian unggul dalam melahirkan anggota-anggota tentera yang berdisiplin, berketerampilan dan berkemahiran tinggi.

Walau tidak dikenang, jasa Wak tetap ada semasa berkhidmat di situ antara tahun 1990 hingga 1997. Bulan Ogos 1997 Wak tamat perkhidmatan
Sumbangan Ikhlas dari......Wak K

Tiada ulasan: