Selasa, Ogos 24, 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAN SELEPAS NUZUL AL-QURAN

Buat Semua Sahabatku AFATS13,
Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Negara kita Malaysia yang ke 53 tahun pada 31 Ogos 2010 ini. Sebelum itu, kita akan menyambut Nuzul Al-Quran pada 27 Ogos 2010 ini. Kedua-duanya adalah satu sambutan yang amat bermakna bagi kita semua. Sambutan Nuzul Al-Quran akan berlaku setiap masa dalam Bulan Ramadhan. Semoga kita semua mendapat Hidayah dari isi kandungan Al-Quran yang kita baca setiap masa samaada dalam bulan Ramadhan atau bulan-bulan yang lain. Ambillah berkat di bulan ini yang banyak fadhilatnya. Amin......

Pada bulan Kemerdekaan ini, walau dalam bulan Ramadhan, kita merasakan kita bebas dan merdeka dari pihak penjajah. Semoga negara kita sentiasa aman tanpa mengganggu situasi tugas seharian kita semua. Buat semua, Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Nuzul Al-Quran. Semoga kita semua dalam kesejahteraan. Amin.....



Tiada ulasan: