Isnin, Oktober 11, 2010

MAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT ATAS PEMERGIAN SAHABAT KITA YUSOF & ISTERI MENUNAIKAN FARDU HAJI

Assallamuallaikum,
Kepada semua Sahabat AFATS 13 yang dihormati,
Satu Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat buat Sahabat kita Yusof & Isteri diatas Hajat Mereka Menunaikan Fardu Haji di Mekah akan diadakan seperti berikut:

*Tarikh: 16 Okt 2010 (Sabtu).
*Masa: 16.30 petang sehingga 1900 petang.
*Tempat: Kediaman No 87, Jalan P14A 1/1, Presint 14, Putra Jaya.

InsyaAllah, beliau dan isteri akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 18 Okt 2010 waktu tghmalam. Sama-sama kita doakan kesejahteraan mereka semasa pergi, berada disana sehingga balik ke Malaysia. Kita juga memohon supaya kita yang masih belum pergi akan menurut jejaknya selepas ini nanti dan kita semua akan mendapat rezeki yang lebih baik nanti.
Kepada sahabat yang tahu dan ada kelapangan masa, jemputlah ke majlis tersebut.
Bakal Haji Yusof telah menyampaikan maklumat ini kepada Wak agar dapat disampaikan kepada semua sahabat kita. Sekian terima kasih.

Tiada ulasan: