Rabu, Januari 27, 2010


Kekawan minggua lepas aku g kelah kat Sg Jin
Kat kampong Razak Kopek Besar Sg lembing
cantik tempat tu.......

ini kawasan banyak cantik woooooo

macam mana org Kuantan Jadi x nak g sini
Br ikang nak sponsor kambing tu....

ok kan Jak jangan x jadi

















Lawatan kekawan kita ke Hospital Seremban untukmemberi sokongan moral pada skod kita Brader Roslin di kena serangan sakit Jantung...

Br Olin sedang beri keterangan la tu tang keadaan diri dia sementara Br P5 dan ramli mantul mendengar penuh khusuk sampai terpejam mata dia la







Ini la sahabat-sahabat kita yang membuat kunjungan hormat ke ke hospital seremban

dari kiri Dr P5 org kuat perhebat, Br Dollah kaki menebas sesiapa yg sama line dengan dia boleh la join sekali, Br Olin kesian dia semoga cepat sembuh, Ini taukey kantin Br ramli kita, dan akhir sekali Pengerusi kita En Mali pembuat air kacang soya terkenal di Kuala Lumpur.





Sing board ni kalu kekawan -kawan hayati dalam maksud nya tu......Br dol email kat aku beda ni
makanan yang tersenarai memang sodap-sodap belaka itu la yang selalu kita oder masa makan kat kedai..........

Sebetul nya ini lah makan yang membuat kita sakit jantung........jadi berpada-pada la kalu nak makan.......dan jangan makan seorang-seorang ajak la kawan-kawan sama kaul dapat sakit ada kawan

Rabu, Januari 20, 2010

Mengeteh...




Saat saat aku dan famili aku sedang mengeteh lah skot..
Aku nak mengeteh ngan skot2 semua tak kesampaian jadi untuk memenuhkan atau meriahkan blog kita ni aku pun merakamkan lah saat2 aku mengeteh ngan famili aku je lah...



Wife aku ngan anak aku no 2...hafeez
Anak aku yg sulong...hakeem dan no4..imran







aku lah ni...nak sembang apa ngan anak2 ni..abih kuat pasal sekolah dia orang, pasal crita kelakor sikit pas tu aku pun terdiam dan mengelamun ......









Yg pakai cap tu no3 qayuum, yg perempuan tu je sorang..niesha no5 dan yg bungsu paling kecik..aidid.
No 5 dan no 6 ni anak pencen lah skot...


Semuga Allah buat kekuatan kepada aku untuk memikul amanah ini...amin.

Selasa, Januari 19, 2010

Politeknik Ungku Omar 2010



Dulu selepas tamat latihan kat Afats aku tak berpeluang untuk belajar di Politeknik Ungku Omar, aku layak duduk kat eme school je..tapi aku rasa kali ni terubat lah sikit sebab baru2 ni aku ada antor anak aku belajar kat situ.

Gambar sebelah sedang beratur tu dia lah..ambil Dip.Kejuruteraan Perkapalan. Ada train ala2 navy dengor kata...bagus juga sekurang2 nya merasa lah juga sedikit kehidupan ala2 tentera..kan..kan..semuga dia tabah dan boleh buat..

















Kelihatan begitu ramai ibubapa yang menghantar anak2 mereka, begitu sabor menunggunya...


















Banner yang dipasang untuk menyambut pelajar2 baru yang akan mendaftar masuk pada 12 hb Jan 2010 baru2 ni...










Selasa, Januari 05, 2010

Kunci mana?


Kunci solat ialah at-thaharah( wudhuk, mandi dan tayamum )
Kunci ibadat haji dan umrah ialah ihram.
Kunci terkabulnya harapan ialah doa.
Kunci pengenalan Allah ialah dengan zikir dan tafakur.
Kunci untuk masuk syurga ialah tauhid ( tidak menyekutukan Nya )
Kunci bertambahnya kenikmatan ialah bersyukur.
Kunci kebajikan ialah selalu bersikap benar.
Kunci kejayaan ialah benar.
Kunci kebahagiaan dunia dan akhirat ialah takwa.
Kunci ilmu pengetahuan ialah bertanya dan mendengar.
Kunci keselamatan ialah tidak banyak bercakap.
Kunci maksiat ialah sombong.
Kunci pintu perceraian ialah cemburu yang berlebihan.
.....tak jadi menembak kunci senjata pada " S "...skot !!

Anak sedara ikang khawin

Gambar ini dikirim oleh Japao ikang....dikata gambar ni diambil semasa majlos perkahwinan anak dia.............tertinggal lak perkataan (sedara )dia kat dewan PERHEBAT...........ya ke japoooo kalu salah minta maaaf la



Ini sambungan nya gamabr2 dia org ngeteh



gambar ngeteh

Ini tempat nya kekawan kita ngeteh macam meriah aja tempat ni.......bila nak buat lagi boleh join niiiiiiiiii










Ini dari kiri Rosli, Japor ikang ngan Jalil












Ini pang5 ngan Kawaiiiiiiiiiii












Pengerusi kita ngan Abang Dol sahabat












Isnin, Januari 04, 2010

Graduasi...





Memang banyak bezanya didalam acara tamat latihan kita dengan majlis graduasi pelajar2 ini. Walaupun hakikat dan tujuan nya sama iaitu untuk meraikan perpisahan atau berakhirnya pengajian itu sendiri. Kita dulu untuk acara perbarisan nya saja terpaksa berkawad dan berjemur dipadang kawad hampir sebulan. Muka jadi hitam berkilat berkesan dibahagian leher..untuk jadikan perbarisan tu kemas dengan pelbagai formasi terpaksa lah berlatih pagi dan petang..dengan berbakul bakul sumpah seranah dari jurulatih yang kita terima. Dah lah tu untuk persiapan nya pun kita sendiri yang kena buat..Kerja angkat mengangkat ni jangan cerita lah, angkat pasu bunga, angkat khemah, kerusi meja dan ntah apa2 lagi....
Semua tu kini sudah menjadi kenangan abadi bagi kita warga Afats ni dan kini giliran anak anak kita pulak merasainya . Walau pun mereka tak merasai seperti mana yang kita rasa tapi itu adalah rezeki mereka sekurang kurang nya kita ada pengalaman untuk kita ceritakan kepada mereka sebagai pedoman hidup agar mereka sentiasa bersyukur dan jangan mensia siakan peluang yang diberi.....

Keajaiban jantung manusia


Jantung manusia mengepam 22oo liter darah setiap hari dan 8,030,00o liter dlm setahun, serta 481,800,ooo liter selama enam puloh tahun iaitu di pertengahan usia manusia ( beratnya kira2 345,ooo tan).
Adakah ada pam lainnya selain jantung yg dapat melakukan pekerjaan berat dalam masa enam puloh tahun tanpa perbaikan dan rawatan?
Jantung manusia berbentuk seperti buah, sebesar genggaman tangan dan beratnya antara 225 dan 340 gram. Jantung itu berdenyut kurang lebih 70 kali setiap minit atau 4200 kali setiap jam, 100800 dlm sehari dan 36,792,000 kali dalam setahun. Kalau diambil untuk usia manusia ( 60 tahun ) maka jantung yang ajaib itu berdenyut 2,207,520,ooo ( dua bilion dua ratus tujuh juta lima ratus dua puluh ribu ) kali tanpa henti.
Hebat nya Allah....
Jom kita sama sama pikirrr lah sendiri..

Ahad, Januari 03, 2010

Kasut..oh..kasut



Kalau dilihat kasut ni semua orang yang pernah jadi askar pasti kenal dan teramat mesra dengan nya. Yg pasti nya ada beberapa pasang lagi kasut yg berlainan jenis dan berbeza fungsi tak aku siarkan disini. Yg paling biasanya ini lah termasuk kasut kawad.Mungkin setelah sekian lama kita dah tinggal kan alam sojar ni, kita merasakan bahawa kasut2 ini dah tak memberi apa2 erti lagi kepada kita..umpama abih madu sepah dibuang.
Tapi kasut2 inilah yg telah banyak berjasa kepada kita semua, kita sering cuci dia, kilat kan dia dan layout dia baik2. Kerana daripada kasut ini lah tergambar nya peribadi hebatnya seorang sojar tu..daripada nya juga kita boleh kenal komitmen dan kesungguhan seseorang ...
Dan sekarang mana pegi nya kasut ni, mungkin dibawah katil, didalam gobok ,di rak kasut, dibawah pokok mempelam atau pun di atas atap rumah.Mungkin ada juga yg masih memakai nya, untuk pergi kebun atau apa2 saja lah, yang pasti ianya masih terus bersama dengan kita selagi dia tak hilang atau hancur terus.......


Ini adalah kasut kerja aku selepas pencen askar. Rupanya macam beauty and the beast...satu cantik,satu lagi tah apa2. Yg buruk tu masa aku kerja jaga kat kompleks teruntum...sedeh skot, tapi aku tak kisah, janji halal.Walau pun gaji nya ciput je..aku sondol gak. Yg mahal nya adalah pengalamannya..daripada sini aku lebih mengenali mereka2 yg bekerja sebagai pengawal keselamatan ni. Susah payah mereka dapat aku rasai..
Dan yg cantik tu merupakan kasut kerja aku sekarang, Alhamdulillah nampaknya lebih baik sikit lah kan, kasut issue tu macam dalam askar dulu lah...

Kandungan Al-Quran


Abdullah ibnu Abbas didalam kitab tafsirnya mengatakan bahawa jumlah ayat2 Al-Quran ialah 6666 dan didalamnya terdapat sejumlah ayat yg berisi zikir, doa, tasmid dan istighfar.
Perinciannya:
1000 ayat yg menunjukkan perintah
1000 ayat larangan
1000 ayat janji
1000 ayat ugutan
1000 ayat yg menjelaskan tentang proses kejadian pada masa lampau dan
masa akan datang.
1000 ayat contoh contoh( perumpamaan).
5oo ayat yg menerangkan tentang halal dan haram.
100 ayat nasikh-mansukh.
66 ayat zikir, doa, tasbih, tahmid dan istighfar.

Sabtu, Januari 02, 2010

SELAMAT TAHUN BARU


Selamat tahun baru ...juga salam maal Hijrah buat semua kawan2 sama ada yg jauh atau pun dekat. Sesungguh nya tahun 2009 telah pun meninggalkan kita dan bertambah lah pula umur kita skot...maka makin sikit lah tinggal baki2 usia yang kita ada skot....
Bagi aku skot tahun 2009 yg telah pergi tu telah meninggalkan beberapa perkara yg penting gak dalam hidup aku ni...antaranya aku telah diserapkan ke jawatan tetap dalam perkhidmatan aku diSIRIM ni.Alhamdulillah rezeki anak2...boleh lah tampung sikit dengan pencen yg kita ada..tul dak skot? Almaklum lah tahun 2010 ni anak aku yg seramai 6 org tu semua nya belajar...skot.
Tapi aku yakin setiap insan yang hadir kedunia ini pasti sudah ada rezekinya masing2, dan kita sebagai penyebab nya saja. Yang penting kita jangan lupa bersyukur ...dapat sikit buat cara sikit,dapat banyak jangan loba.Semuga ditahun yang baru mendatang ni kita semua beroleh kebaikan dan di permudahkan segala urusan oleh Nya amin...
Satu minit dimasa depan lebih berharga dari seribu tahun yang telah lampau. Terlewat satu minit kadang2 tidak dapat dikejar dengan seribu tahun. Kelalaian sesaat mungkin merugikan buat selama2 nya. Waktu itu lebih berharga drpd emas. ( Hukama )

Jumaat, Januari 01, 2010

Agak lama juga aku tak menyumbangkan apa2 kat blog ni, tapi sempena tahun baru ni aku cuba lah anto sikit2 berita atau crita2 kat sini kan . Lagi pun aku kesian gak kat amran ni asyik dia tanya je kat aku..jadi aku pun mula lah merajinkan diri ini untuk menulis sesuatu....

Ok..skot , ini gambo majlis graduasi anak aku no2 yang blajor kat MRSM Muazam baru2 ni. Yg baju hijau tu bini aku lah dan yang lain tu macam biasa zuriat aku ....2 lagi tak ada dlm gambo.

Kao orang tengok lah muka aku punya lah tersengeh bangga..bukan apa cuma nak rasa sikit2 mcm mana rasa orang grad, tak dapat kita sendiri anak pun jadi lah...
Teringat masa pasingout Afats dulu,aku sorang2 je..sebab aku tau orang tua aku tak mampu nak datang jadi aku tak kasi pergi...