
Ini lah foto yang paling awal dapat di rakam semasa di Afats dulu ( 1980 ). Punya lah seronok nak tangkap gambar sampai tak sempat nak pakai baju, masa ni umur sekitar 16 thn. Seingat aku persediaan untuk PT petang kena lari kat Bt.Haji...
Berdiri dari kiri Zali Tora ( tak dapat dikesan ), Che Seman ( awet muda..ushawan berjaya di KL) dan Hazram ( juga tak dengar berita )
Duduk dari kiri Ramlee Sangkek dan Ajak.
Cerita Ramlee sangkek ni, aku pernah teringatkan keadaan dia pitam semasa perbarisan. Jatuh tersembam muka terus ke tanah , menyebab kan luka teruk dan berdarah dihidung dan mulut.
-Kalau tidak dapat menanggung kesulitan tidak akan mendapat kemenangan. Orang yang tidak tahan dikerumuni lebah tidak akan mendapat manisan. Kalau mahu bercita cita mesti tahan menderita.-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan