Kalau dilihat kasut ni semua orang yang pernah jadi askar pasti kenal dan teramat mesra dengan nya. Yg pasti nya ada beberapa pasang lagi kasut yg berlainan jenis dan berbeza fungsi tak aku siarkan disini. Yg paling biasanya ini lah termasuk kasut kawad.Mungkin setelah sekian lama kita dah tinggal kan alam sojar ni, kita merasakan bahawa kasut2 ini dah tak memberi apa2 erti lagi kepada kita..umpama abih madu sepah dibuang.
Tapi kasut2 inilah yg telah banyak berjasa kepada kita semua, kita sering cuci dia, kilat kan dia dan layout dia baik2. Kerana daripada kasut ini lah tergambar nya peribadi hebatnya seorang sojar tu..daripada nya juga kita boleh kenal komitmen dan kesungguhan seseorang ...
Dan sekarang mana pegi nya kasut ni, mungkin dibawah katil, didalam gobok ,di rak kasut, dibawah pokok mempelam atau pun di atas atap rumah.Mungkin ada juga yg masih memakai nya, untuk pergi kebun atau apa2 saja lah, yang pasti ianya masih terus bersama dengan kita selagi dia tak hilang atau hancur terus.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan