
Assallamuallaikum....Salam utk AFATS 13 utk 1 Malaysia. Masih ingat kenangan tempat ini yg hampir 30 tahun kita tinggalkan.
Wak gak lali cuma perubahan tetap berlaku. Kita manusia mudah lupa akan asal usul kita tetapi boleh ingat jika ada sahabat2 kita yg cuba ingatkan. Dengan adanya persatuan yg kita wujudkan ini, sekurangnya dapat mengingati kenangan lama kita semasa menuntut ilmu disitu. Mungkin diantara kita sudah berjaya dan senang sehingga lupa sesama sahabat kita dulu. Wak rasa bangga dengan kerjasama kita yg dapat mengetemukan kita yg sudah lama tidak bertemu. Dengan pertemuan pada tanggal tersebut, kita dapat bertanya khabar dan keadaan diri dan keluarga masing2. Apa yg penting, rancangan seperti ini tetap kita kekalkan dan jadikan satu acara tahunan atau lebih kerap kita rancangkan bersama keluarga. Wak hanya cadangkan saja. Kalau ada yg tak suka atau tak setuju, jangan marah Wak pulak. Sebagai sahabat yg boleh memberi pandangan tetapi dari pandangan yg diberi, kita semua kena memutuskan untuk persetujuan. Jangan ada yg terpaksa.
Kalau Wak nak cerita ni memang banyak. Nanti ada yg bosan dengan cerita Wak. Apapun kita tetap Sahabat AFATS 13 yg tetap unggul selamanya. Cukup sampai disini dulu....
Dari Wak K (Ipoh)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan