Isnin, November 01, 2010

HARI KELUARGA AFATS INDUK

Assalam Brader yang dikasihi,
Adapun setelah diperdebatkan oleh AJK Persatuan, dan sebagaimana yang telah diwar2kan sebelumnya, maka adalah dimaklumkan HARI KELUARGA AFATS akan diadakan pada 4 DIS 2010 di Pekan Tentera Darat, PORT DICKSON dengan sumbangan minima setiap Brader hanya RM50.00 shj samada yang dh berkahwin atau bujang, samada datang seorang atau bersama-sama keluarga. Tapi dh namenye hari keluarga, maka yg dh berkeluarga tu wajarlah datang bersama keluarga. Tk gitu.
Sekali lagi bagi memudahkan perancangan AJK dan juga mengelakan pembaziran atau ketidaksempurnaan penganjuran, maka Brader adalah diminta untuk mengesahkan kehadiran dgn memberikan maklumat berikut:
UNTUK PENGESAHAN SILA EMAIL KE brader@yahoo.com
a. No AFATS, Intake dan Nama Penuh
b. Kehadiran - 1+1+10 (Brader+Isteri(s)+Anak(s).
Secara kasarnya atucara adalah seperti berikut:
a. 1200 - 1400 - Pendaftaran kehadiran.
b. 1400 - 1700 - Sukaneka - Orang tua, kanak-kanak, pasangan, intake dll
c. 2030 - 2300 - Makan Malam/BBQ
- Cabutan Bertuah
- Pelancaran Dana Kebajian AFATS.
- Anugerah Pelajar Cemerlang (Anak2) 2009
- Dll.
Sayugia diingatkan bahawa, program ini akan menjadi yang terbaik jika kita sama2 inginkan yang terbaik dan sanggup meluangkan masa untuk bersama. Justeru, kehadiran Brader sangat-sangat diharapkan dan amat disanjung. Hebahan Brader kepada Brader yang tidak bersama dalam blog atau FB amat dihargai.
Sekian, maklumat awal dari saya yang cuba untuk meraikan. Terima kasih
MOHD FUAD HAMZAH 530582 (10)
AJK Keraian AFATS.

ps: justeru itu kalau ada G13 yang nk join, bagitau laa supaya senang AJK G13(lembah klang) nak aturkan(permudahkan) tempat penginapan pada malam tu agar jangan tetido lak dalam keta nanti....

Tiada ulasan: